Monday, November 15, 2010

Keluarlah Dari Kepompongan


Seorang pengemis buta yang tidak berupaya telah duduk di tepi jalan. Sambil itu dia mengetuk-getuk tin kosong ditangannya bagi menarik perhatian. Tergantung sekeping papan nipis di lehernya yang tertulis, “Bantulah saya kerana saya orang buta.”

Namun tidak ramai yang menghulurkan wang, meskipun sempat membaca kenyataannya. Setelah lama dia bosan di situ, lalulah seorang lelaki. Dia berhenti seketika di hadapan pengemis itu sambil merenung papan tersebut.

Tanpa menghulurkan sedikit wangpun, dia terus menanggalkan papan itu lalu diterbalikkannya. Terpinga-pinga pengemis buta tersebut tanpa dapat berbuat apa-apa. Kemudian lelaki itu menulis pula sesuatu dan menggantungkannya semula di leher orang   buta tersebut dan segera berlalu.

Tidak semena-mena, ramai orang mula menghulurkan wang berbanding sebelumnya. Orang buta itu merasa sangat gembira namun hatinya masih tertanya-tanya. Lalu dia meminta orang lain untuk membacakan tulisan tersebut. Rupa-rupanya lelaki tadi telah mengubahnya dengan menulis, “Kita berada di musim bunga yang indah, namun keindahannya tiada bermakna bagiku kerana mataku tidak dapat menikmatinya.”

Kita ini memang sering terkurung dengan keterbatasan dan kekurangan. Namun ianya bukanlah kelemahan sekiranya kita mampu mencipta peluang bukan terus menyalahkan keadaan sebagai punca kegagalan. Di sinilah kuncinya kreativiti untuk menarik graviti dan empati. Sentiasa berfikir di luar kotak, dengan melawan kejumudan untuk mengatasi permasalahan.

Keluh seorang pesimis, “Masalah ini mungkin boleh selesai tetapi agak sukar.”

Namun yakin seorang optimis, “Masalah ini agak sukar, tetapi mungkin boleh selesai.”

Kreatif sangat memerlukan fokus pada sesuatu peluang. Tidak semestinya ia hanya lahir dari cubaan mengatasi permasalahan, tetapi eksploitasikan segala momentum yang hadir untuk mencapai kekreatifan. Latihlah melihat sesuatu itu dengan berfikir dan merenung, agar hadirnya percambahan idea dan cara tindakan.

Kreatif mengajar kita banyak berfikir untuk mencari resolusi tindakan yang terbaik. Justeru ia akan mengajar kita berfikir di luar kotak dan bukannya hanya mengikut kebiasaan yang telah menjadi keterbiasaan. Janganlah kita sentiasa suka menjadi quo dan cintailah perubahan.

Percayalah! Kejayaan tidak mudah dicapai oleh mereka yang tidak mahu berubah.Jadilah seorang yang optimis dan bukannya pesimis.Jangan mudah putus asa dalam menuntut ilmu ini.Ape-ape pn Selamat Menduduki Final utk kawan2.. :)

No comments:

Post a Comment