Sunday, September 19, 2010

Cracked Pot

Seorang petani wanita yg sudah tua mempunyai dua bekas pasu air. Ia digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sediit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan ia merasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air sahaja dari yang sepatutnya.Dia merasa dia tidak mampu berbakti kpd wanita itu.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan. Pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
"Aku rasa sangat malu dengan diriku kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.Aku tdk dapat membawa air dgn banyak"

Wanita itu tersenyum.

"Sedarkah kamu akan bunga-bunga dan sayur-sayuran di bahagian laluan kamu tetapi tidak di pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari akan kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga dan sayur di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama 2 tahun aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja dan dapat memetik sayur utk menjadi makananku. Sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada bunga ya indahdan sayur yg menhijau ini."

Begitulah perumpamaan diri kita.Setiap dari kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi kelemahan dan kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat! Setiap org ade kelebihan dan kekurangannya.Kita harus menerima setiap manusia seadanya dan melihat KEBAIKAN di dalam diri mereka. Moga segala kekurangan akan membuatkan kita berbakti lebih kpd orang lain...





Raye,raye,raye...

   

       Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilham....
Alhamdulillah masih lagi mampu merasai Syawal bagi tahun 1431 H ni..Pejam celik pejam celik dah raye..sekejap je puasa kat UniMAP ni..maklum la bulan puasa pn kelas n keje mcm bulan2 x pose gak.. Tup2 dah nak raye.. Aku balik kg aku kat Bachok seminggu sebelum raya...Pagi2 dah naik bas kat Kangar..Seronok bukan maen dpt bukak pose kat umah..Teringat mase kecik2 dlu tyme2 nk raye mcm ni sibuk la aktiviti2 kami budak2 kampung..maen meriam buloh..mercun tu x payah citer la...sanggup berhabis segala duit beli mercun.. Malam2 plak maen pelita..Raya tahun ni macam biasa je..Dari segi kemeriahan pn agak kurang..Boleh dikatakan sederhana je..Tp penuh kesyukuran..Pagi raya macam biasa lepas sembahyang raye pegi melawat kubur keluarga yg telah tiada..Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat Allah SWT..Dari segi menu pagi raye plak mmg Nasi Dagang yg jadi pilihan...setiap tahun boleh dikatakan menu wajib..huhu

       Ok la..dikesempatan ini saya pn ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf,sekiranya ade sebarang silap n salah..SeLaMat HaRi RaYa..Maaf Zahir & Batin.. ^_^