Sunday, October 31, 2010

SeJaRah TerCipTa...


30.10.2010...Tarikh ni pasti dikenang oleh seluruh rakyat kelate..sama ada yg mnat bola atau pn x..mne x nya pd tarikh ni la kita berjaya memenangi Piala Malaysia wat kali pertama selepas berjaya menewaskan negeri Sembilan 2-1  di Stadium Bukit jalil..Disaksikan hampir 50 000 penyokong setia yg sanggup bergolok gadai utk ke sana, pemain Kelate atau lebih popular digelar The Red Warrior bermain bermati-matian utk memenangi piala yg berprestij n terulung di Malaysia ni..

Pada awal permainan segalanya bagai x kena namun dgn semangat juang yg tinggi akhirnya klate berjaya memenangi piala ini wat kali pertama..segala penantian peminat bola sepak kelate bagaikan berakhir..kita menanti sehingga 89 tahun..satu tempoh yg sgt lame..Sebaik permainan ditamatkan pemain melutut dan mengankat tangan tanda bersyukur..Kerajaan negeri mengumunka 31 oktober 2010 sebagai cuti peristiwa sebagai menhargai hari bersejarah ini..

Itulah bola sepak..satu sukan yg paling popular di bumi..x kira di bumi mane..termasuk bumi Cik Siti wan Kembang...Biarpun berbeza fahaman politik namun dlm bab sukan bola ni semua bersatu..semua sygkan negeri kito...

Meraikan kejayaan
Tahniah....tahniah....dan tahniah...kito smua berbangga dgn kejayaan ini.. Piala keagungan bukan lagi di Seremban tp dah berpindah ke Negeri Cik Siti Wan Kembang...Gomo Klate Gomo!!!

Sunday, October 17, 2010

Hari yang gembira

   Hari ni hari yang gembira..nak taw sebab ape?? sebab kami dapat hamper,medal n duit..huhu.. Ok sebenarnya  mcm ni..Pada ari ahad yg sunyi sepi tu kami masuk tournament bowling anjuran Majlis Penghuni kolej Kediaman Tun Fatimah kat Perlis Bowl..yang dkat Kangar tu..Aku n 3 kawan kumpulan Coki-Coki masuk jgk..Nk kata terer sgt tu x de la tp masing2 boleh la..Rmai jgk ar yg join tuk tournament kali ni..ade 28 team yg masuk tuk kali ni..

 At last..mse nk umumkan pemenang kumpulan kami dpt no 8 dari 28..kira ok la tu..dpt hamper,medal n duit..mmg berbaloi giler ah join..huhu...yang wat aku gembira sgt coz ni first time aku menang ape2 bila maen boling..hak3..sebelum ni aku antara yg terakhir je..kui3..tp yg x bez ckit bdk2 kumpulan aku dah balik mase penyampaian hadian coz diorg ingat dah x mng dah..tinggallah aku sorang yg ambik hadiah..Kalu ade lagi tournament rse nk join lagi..k bye..

Tuesday, October 12, 2010

Adakah satu fenomena???

     Kebelakangan ni aku tgok rmai org2 kg kat cni duk mancing ikan kat sawah..boleh kata setiap hari ade org duk mancing..x kira la pagi ke petang ke..on da way nk ke klas tgok sepanjang jalan ade..mesti jumpe la...x kisah la kat wang ulu ke..kat kg wai ke..aku kdg2 terfikir ni fenomena ke mmg upacara wajib setiap tahun ke atau sekadar suka2..makcik2 n pakcik2 majoriti yg duk mancing ni..Ni yg rse cam nk selidik ni..tp yg sebenarnya dalam hati aku teringin jgk nk join..hehe..aku bleh dikatakan mnat jgk la mancing2 ni..tp fkir2 balik mcm segan pulak coz majoriti org2 tua..lagi satu kat mne nk beli pancing ni..agak susah klu x knal tempat org ni..
    
       Petang semalam, mse joging sempat jgk tgok2 diorang mancing dpt ikan ape..kebanyakan ikan puyu n keli..Wah...sedap nya ikan darat gulai lemak ni...wat aku telan air liur jgk la..kna cara masak mmg x berbau hanyirnya wlpn kite sedia mklum yg ikan2 darat ni berbau hanyir ckit klu nk compared ngan ikan laut..

    Dan...hari ini aku nk kuar..sambil2 nk cari brg ckit aku nk survey pancing n mata kail..dan klu smua nya ade aku pn akn join pakcik2 n makcik2 ni mancing..harapanku sambil2 mancing bleh la jgk berkenal-kenal ngan org2 kg. kat cni..mne taw diorg berkenan nk wat menantu ke..hak3 :)

Tuesday, October 5, 2010

Maher Zain oh Maher Zain

 Kebelakangan ni aku suka sgt dgr lagu2 maher zain..dia punya lirik byk unsur2 pengajaran..bagus la klu kte hayati betul2..Walaupun lagu2 dlm english n ade satu dua lgu dlm arab tp sedap tuk didengar..Ape org ckp mesra pendengar..hehe..Antara lagu2 popular beliau adalah InsyaAllah,Open your Eyes,Thank you Allah,The Chosen One,For the Rest of My Life (sekadar menyebut beberapa buah je la)..

    Ni sedikit maklumat tentang Maher zain ni..dia ni artis Sweden kelahiran Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik.Budak engineering jgk la kira.Ni lagi bersemangat nak bergelar engineer ni..hehe.Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di Lubnan.Kemana tumpahnya kuah klu x ke nasi kan..Asalnya dia duk terlibat ngan muzik kat Sweden je tp setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden, Maher diperkenalkan oleh Red One. Maher mula bekerja dengan Red One sebagai artis di Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.


Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.


Kepada sape2 yg belum penah dengar lagu Maher Zain ni aku sarankan cuba dengar..Mmg akn jatuh hati la ngan lirik n muzik dia ni..K la nk layan lagu dlu yea..Bye2..

Saturday, October 2, 2010

Pabila oktober menjelma..

 Hari ni dah masuk Oktober..Kejap je kan..pejam celik pejam celik dah pn oktober..kan bez kalu kte dpt berhentikan masa..bleh seronok2,bley jalan2,bley lepak2..huhu..Apa yg ade ngan oktober..bez sgt ke oktober ni..Sebenarnya x de ape yg spesel pn ngan oktober ni..Tp bila dah masuk oktober ni means dah x lame la nk final..Tinggal lagi 4 minggu before study week..Tp ak punya persediaan masih x seberapa..tp segalanya belum terlambat..org ckp selagi ade mase selagi tu masih ade harapan..Aku harap dpt improve result aku tuk sem ni..Kiranya lebih baik berbanding 2 sem yg dah berlalu..yg lpas biar je la kan..nk wat mcm mne bnda dah lepas..



 Masuknya bulan oktober ni bermakna akn byk la test yg menanti..test bertulis dan lab test..mggu depan saje ade 2 test..Hopefullly dpt score jgk la nnt n membantu dalam mendapat carry mark yg baek..Tp kna study betul2 la lpas ni n aku harap kawan2 aku pn dpt capai keputusan terbaek nnt..ok salam..