Tuesday, December 6, 2011

Peristiwa Hari Assyura


  1.       Salam.Hari ni merupakan 10 Muharam 1433 Hijrah. Ini bermakna hari ni merupakan hari Assyura. Banyak peristiwa2 besar dlm Islam telah berlaku pada tarikh ini. Antaranya ialah:

     1   Allah SWT menerima taubat Nabi Adam A.s.
    2.     Allah SWT mengangkat Nabi Idris A.s. ke tempat yang tinggi.
    3.    Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim A.s daripada kekejaman Raja Namruk
    4.    Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusof A.s dari penjara.
    5.    Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh A.s yang terapung selama 6 bulan.
    6.    Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakub A.s
    7.    Nabi Yunus A.s keluar dari perut ikan selepas berada selama 40 hari 40 malam.
    8.    Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa A.s daripada dikejar Firaun.
    9.    Allah SWT mengampun kesilapan Nabi Daud A.s
    10.   Allah SWT mengurniakan kerajaan yang besar kepada Nabi Sulaiman A.s
    11.   Allah SWT mengangkat Nabi Musa A.s ke langit.
    12.   Hari pertama Allah SWT jadikan alam semesta.
    13.   Hari pertama Allah SWT turunkan hujan.
    14.   Hari pertama Allah SWT menjadikan Luth Mahfuz.
    15.   Hari Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril A.s

Monday, November 28, 2011

Tolong Ingatkan Aku!!


Tolong ingatkan aku
Bila aku mula lupa
Tolong ingatkan aku
Bila aku mula leka
Tolong ingatkan aku
Bila aku sudah lebih dari berpada
Tolong ingatkan aku
Kembali ke jalan Pencipta
Tolong ingatkan aku
Tentang dosa dan pahala
Tolong ingatkan aku
Tentang syurga dan neraka
Tolong ingatkan aku
Sebelum detik pengakhiran tiba…

Friday, August 26, 2011

Pantun Raya


Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari
Tak lama lagi Syawal menjelang.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti
Zakat fitrah jangan lupa dibayar
Agar rezeki kita diberkati.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan dibuang ke dalam perigi
Mohon maaf segala silap dan salah
Saya janji tak buat lagi.

Kalau ada padi di bendang
Bolehlah kita menuai nanti
Takbir  raya sudah berkumandang
Menambah syahdu di dalam hati.

Pergi ke bazar membeli juadah,
Juadah dijual beraneka warna,
Manfaatkan raya dengan aktiviti berfaedah
Supaya raya kita lebih bermakna

Pasang pelita di atas  pagar
Ambil lighter kita nyalakan
Saya budak masih bergelar pelajar
Nak bagi duit raya saya relakan.

Para tetamu asyik bertandang
Dari kampung dan juga kota
Ketupat rendang sudah terhidang,
Makanan tradisi nenek moyang kita

Gulai lemak buah bidara
Sedapnya mengalahkan kari ikan
Kunjung mengunjung sanak saudara
Agar ikatan dapat dieratkan.

P/s: Just suka2 n x de kaitan ngan sesape..hehehe

Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya Untuk Abah..

Abah,inilah kali pertama Aiman menulis untuk abah.Semoga ruang yang terbatas ini mampu mencoretkan semua yang ingin Aiman luahkan kepada abah,yang perlu abah tahu dan yang tersimpan kian tersimpul di hati Aiman selama ini.Semoga hati abah terbuka untuk menerimanya kerana bagi Aiman seorang yang hebat dan adil bukan ingin difahami jiwa dan kehendaknya sahaja tapi perlu juga memahami dan menyelami jiwa orang lain kerana kita dijadikan Allah SWT dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tidak semestinya yang tua,yang dahulu makan garam selalu betul dan yang mentah,yang baru hendak mengenal dunia selalu merencong.Mungkin terlalu panjang pula mukaddimah yang Aiman coretkan.Mungking juga abah tertanya-tanya kenapa baru sekarang Aiman tergerak hati untuk menulis buat abah.

Abah,kekusutan antara kita perlu diuraikan dan diakhiri terutamanya kita kini di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan barakah.Kira-kira 10 hari lagi kita akan menyambut hari raya abah.Dan untuk pengentahuan abah juga sebagai anak,sepanjang waktu Aiman dihambat rasa bersalah di atas apa yang telah terjadi antara kita.Mungkin selama ini hati Aiman terlalu keras untuk melihat dan merenung segala yang berlaku secara adil.Adil bagi pihak abah dan saksama bagi diri Aiman.Mungkin juga sinar Ramadhan telah membuka hati Aiman untuk meneroka segala kesilapan yang telah Aiman lakukan.Sudah dua kali Aidilfitri yang Aiman lalui terasa sepi.Terasa kosong walhal itulah hari kemenangan kita sebagai umat Islam setelah berjaya mengharungi tanggungjawab rukun Islam ketiga.Bila terdengar takbir yang memuji keagungan Ilahi,hati Aiman menjadi rawan.Betapa Aiman hidup dalam kejahilan kerana membuat abah murka.

Bukan Aiman mahu menolak permintaan abah.Bukan juga Aiman mahu mengingkari arahan abah.Memang sejak dahulu lagi hubungan antara kita tidak menemui detik persamaan.Mungkin abah yang selalu mengabaikan kami dengan kesibukan kerja.Mencari nafkah untuk keluarga.Mengejar kekayaan yang entah untuk siapa.Bukan kami mahu menafikan  segala penat jerih abah tetapi terlau sukarkah untuk abah memperuntukkan sedikit masa untuk kami.Keluarga kita tidah mesra,abah.Kadang-kadang kami anggap abah seperti orang lain.Pada hari raya pun abah bekerja menjadikan hari raya kita terlalu hambar dan tidak seperti orang lain.Aiman dan adik-adik yang lain teringin sekali mencium abah di pagi lebaran.Terasa juga nak menziarahi kaum kerabat.Ah,itu semua jauh panggan dari api,bah..
Bila kami adukan keingginan kami kepada ibu,ibu minta kami bersabar kerana katanya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Hanya kepada ibu tempat kami mengadu kesedihan dan bercerita itu ini.Tapi bila ibu pergi meninggalkan kita semua kerana penyakit barah hidup kami makin sepi.Sepi seperti perkuburan ibu.Kami semakin kehilangan tempat mengadu,abah.

Kami tidak pernah mengizinkan abah berkahwin lagi namun siapalah kami untuk menhalangnya. Perkahwinan abah bukan untuk kami tapi untuk memenuhi keperluan abah.Tapi kami cuba menerima mama Irna  seadanya kerana selepas berkahwin dengan abah bererti dia juga sebahagian keluarga kita.
Mama Irna menyayangi kami.Mungkin melebihi sayang abah kepada kami.Pada hari raya kami akan dibawa ke kampungnya di Melaka tanpa abah kerana abah masih abah yang dulu.Masih kaku untuk mengerti nilai sebuah kemenangan selepas kita melawan nafsu dan belenggu syaitan selama sebulan.Abah masih bekerja di hari raya.Masih belum mengerti indahnya Aidilfitri.Mula-mula kami berasa janggal dikelilingi orang sekeliling yang tiada ikatan kekeluarga dengan kami namun lama kelamaan kami berasa seronok berada di sini.Kasih sayang Atuk Ali dan Opah Munah membuatkan kami baru terasa kasih sayang seorang datuk dan nenek yang kami telah lama kehilangan.Setiap kali kami minta untuk pulang ke kampung atuk dan nenek sebelah ibu papa marah kami menyebut nama itu.Pernah sekali abah hendak menampar Aiman kerana menyoal kenapa abah begitu anti kepada datuk dan nenek kami.

Akhirnya,Aiman tahu kenapa abah berkeadaan begitu.Mama Irna telah menceritakan segala-galanya kat kami abah.Aiman masih ingat malam tu malam tujuh likur.Sebak tiba-tiba menyentuh hati kami.Mungkin terkenang kenangan dengan arwah ibu.Kami teringat malam-malam Ramadhan kami.Kami berempat akan ke masjid untuk berterawih sama-sama.Tapi kini semuanya hilang.Pusara ibu tidak pernah kami kunjungi kerana arwah ibu dikebumikan di kampungnya.Kami terasa teringin sangat untuk membaca Yaasin dan menjirus air mawar di pusaranya seperti kami lakukan semasa hari kematiannya,abah. Merah dendam abah jangan menhancurkan perasaan kami.Usah babitkan kami kerana kami tidak bersalah biarpun kelahiran kami tanpa penantian abah.
Cerita mama Irna pada malam tu,sebenarnya perkahwinan abah dengan ibu kerana melunas hutang.Abah mendukung biawak hidup kerana menjadi pak sanggup.Ibu bunting kerana diperkosa pekerja atuk yang berhati haiwan.Demi menutup malu keluarga,atuk mencari seorang lelaki untuk menjadi suami kepada ibu dan menjadi bapa kepada anak yang dikandung.Dan lelaki itu ialah abah.Abah,anak pemandu atuk yang merempat dan banyak berhutang wang dengan atuk.Akhirnya abah terpaksa angguk kerana abah tiada pilihan pada masa tu.

“Jadi Aiman ni bukan anak abah la.Sebab tu Aiman yang paling abah benci?”Tanyaku kepada mama Irna kerana antara kami bertiga akulah yang paling tua. Ira dan adik bongsuku Tina memandang aku.Aku tahu mereka mengerti apa yang bermain di fikiran mereka.Aku memegang tangan keduanya.Apa pun status hubungan kami,kami tetap akan bersama.Itu janjiku.Ketika itu air mata mulai tumpah di baju Melayu yang aku pakai.Mama Irna menghulur sehelai sapu tangan kepadaku.
“Jangan menanggis depan adik-adik Aiman.Abah tak pernah benci pada Aiman”,pujuk mama Irna. “Sebenarnya anak yang dikandung ibu kamu keguguran semasa berusia lima bulan.Aku menarik nafas kelegaan.Sepantas itu juga Ira dan Tina memelukku.Andai aku anak haram itu sekalipun aku tidak kisah asalkan aku anak ibu.Aku lahir dari rahim ibu.Insan yang terlalu tulus mengasihi kami adik beradik biarpun hatinya kosong kesepian.

“Mengapa abah tak ceraikan ibu?Mengapa perlu seksa perasaan ibu?”Tanya Ira dengan nada protes dan marah.Mungkin terasa tercabar kerana ibu yang dikasihinya selama ini hidup terabai.Umurnya yang menganjak ke usia 16 tahun mungkin sudah cukup membuatkan dia sedikit matang.Berkali-kali kulihat wajah Ibu pada wajah Ira tapi kutemui watak Ibu pada diri Tina.Tina lembut dan selalu memaafkan tetapi Ira sebaliknya.Selalu melawan dan jarang sekali mengalah bila haknya dirampas.
“Kami dibenihkan di rahim ibu dengan titis nafsu,bukan kasih sayang”,luahku pula.
“Ira..Aiman..orang terpelajar seperti kalian tidak seharusnya berkata begitu.Jangan belajar membenci abahmu sendiri.Seburuk mana pun dia,dia tetap abah kalian.Orang yang membawa kalian mengenal dunia ni.Dialah juga yang membina semula empayar perniagaan atuk yang runtuh,”ujar mama Irna lembut.Bukan aku mahu pertikai sumbangan abah dalam kehidupan kami adik beradik tetapi masihkah abah mahu menolak jodoh yang telah Allah SWT tetapkan kepadahambaNya.
Ketahuilah abah,keterpaksaan adalah pagar berduri.Haruskah abah mengulangi kesakitan yang abah lalui ke atas Aiman pula.Atau inikah namanya dendam yang tidak sempat abah lunaskan kepada atuk.Untuk mengembangkan perniagaan,abah sanggup meletakkan Aiman di tengah dan abah mahu Aiman jadi patung seperti abah dahulu.

“Aiman mesti kahwin dengan Lily,anak Datuk Harun tu!”Aiman masih ingat suara abah pada hari tu.Abah telah menggunakan kuasa veto abah ke atas Aiman supaya Aiman sedar selama ini bah adalah tuan manakala Aiman hanyalah hamba.Mungkin abah tak sedar masa tu umur Aiman dah 26 tahun.Aiman sudah boleh membuat keputusan sendiri.Aiman sudah mampu berdiri atas kaki sendiri.
Mana mungkin Aiman akan berkahwin dengan NorLily binti Datuk Harun itu.Perempuan yang sama-sama dengan Aiman belajar di England itu.Perempuan yang kerap membawa lelaki pulang ke rumahnya.Tak cukup dengan Orang Melayu kadang-kadang bawa balik Mat Salih.Perempuan yang menjadikan arak sebagai minuman hariannya.Tak mungkin!Tak mungkin abah,Aiman berkahwin dengannya! Itu kata muktamad Aiman.
Abah halau Aiman dari rumah.Itu titik hubungan antara kita.Aiman masih berhubung dengan Ira,Tina dan Mama Irna.Kami berhubung melalui Facebook dan kadang kala Mama Irna dan adik adik telefon Aiman bertanya khabar.Mereka hadir pada hari perkahwinan Aiman.Ira dan Tina datang dengan cara sembunyi-sembunyi dan luar pengentahuan abah.Mama Irna juga hadir tanpa bercerita satu pun mengenai abah.
Arisya Qistina,anak Aiman iaitu cucu abah sudah berusia dua tahun sekarang,abah.Ahli perniagaan terbilang.Jauh di suduk hati Aiman sendiri amat berbangga menpunyai abah seperti Abah.Cuma tidak pernah Aiman suarakan di hadapan abah.Mungkin  kerana antara kita tidak pernah mesra.Kasih abah tak pernah mengalir dalam diri kami adik beradik.

Sebulan sebelum ketibaan Ramadhan,mama Irna ada datang melawat Aiman. Datang untuk menjemput Aiman sekeluarga ke majlis perkahwinan Ira yang akan diadakan pada hari raya ke-enam nanti.Ira berharap sungguh kami akan dating.Kalau boleh dating lebih awal.Tina pula tak habis-habis memujuk kami beraya di rumah abah.
Bila Ira memberiatu tentang perkahwinannya yang diatur oleh abah Aiman jadi terharu.Anak baik itu sanggup menurut kata abah demi melihat keluarga kita bercantum semula.Aiman tahu perangai Ira macam mana,abah.Ira anak yang degil dank eras kepala,abah.Tetapi dia sanggup menurut dan berkorban demi abah.Di bahu Aiman dia menanggis kerana terpaksa melupakan cintanya yang sudah beberapa tahun terjalin.Tetapi demi abah dia turuti jua.Dia sempat bercerita tentang keadaan abah kepada Aiman.Katanya,marah abah sudah surut.Sejak akhir-akhir ni abah kerap bercerita tentang Aiman.Kalau abah rindu kat Aiman,ketahuilah abah Aiman juga amat merindui abah.Aiman akan pulang pada Aidilfitri ini,abah.Aiman teringin sangat nak cium tangan dan dahi abah.Aiman mahu merasa kehangatan kasih antara kita.Ampunkan segala dosa Aiman,abah..

Anakmu yang merindui,
Aiman Faiz Bin Datuk Sukri


“Abang kenapa kita tak balik awal sikit?”Tanya Balqis isteriku.Kulihat dia dan Risya sudah tak sabar lagi menanti detik pertemuan yang pertama ini.
“Kerja abang masih banyak”.
“Mana lebih penting kerja atau abah?”
“Dua-dua penting,sayang.”
“Atau abang masih ragu nak jumpa abah?Abang takut abah menolak?
“Abang rasa abang dah terlalu lama menanti saat ni,sayang.Abang teringin sekali nak peluk abah.nak cium tangan dan dahi dia.Sesuatu yang tak pernah abang lakukan sepanjang hidup abang.”Sememangnya debar hatiku kian bertalu menanti detik itu.
Petang itu kami shopping barang keperluan untuk hari raya.Tiba-tiba telefon berbunyi isyarat mesej masuk.
ABANG,PULANG CEPAT.ABAH DAH X DE.TINA ADA CALL KAT RUMAH ABANG X BERJAWAB.KAT PEJABAT PUN X DE ORG ANGKAT.
Itu SMS yang sempat masuk ke telefon bimbitku.Aku,Balqis dan Risya pulang dengan seribu satu kesedihan.Aku sempat memandikan jenazah abah.Mungkin ini jasa aku yang terakhir untuk abah.Selepas dikafankan aku sempat membenamkan hidungku ke dahi abah.Wajahnya sejuk kaku.Inilah kali pertama dan terakhir aku mampu berbuat demikian.air mata menitis lagi.


“Aiman,kad raya yang Aiman hantar hari tu dah sampai.Abah sempat baca.Dia tak sabar-sabar nak jumpa cucu dia yang seorang ni.Sebelum dia pergi buat selama-lamanya dia ada pesan supaya mama sampaikan pada Aiman.Katanya dia minta maaf dan minta halalkan segala kasih sayang yang tak pernah dicurahkan dari secangkir hatinya.Segala dosa dan kesalahan Aiman telah abah ampunkan,”ucap Mama Irna dengan air mata yang bertakung.Aku tertunduk.Abah,Aiman dah lama maafkan dan halalkan segalanya,abah.

Allahu akbar  Allahu akbar Allahu akbar Lailahaillaahu wa Allahu akbar Allahu akbar walillahil hamd. SELAMAT HARI RAYA ABAH...




Wednesday, August 17, 2011

Coretan Bulan Puasa...

Assalamualaikum....sedar x sedar kita dah pun memasuki 18 Ramadhan 1432 Hijrah...rase macam sekejap je kan..Tu orang tua2 kat kampung ade bagitaw puasa ni macam naik bukit..nak naik je terasa berat ckit..dah sampai kat puncak tu dah lega..lpas ni fasa trun pulak..orang cakap lagi senang..tambah2 menuju hari raya..hehe..ni yang seronok ni..
Bulan Ramadhan ni orang cakap Inilah bulan dimana awalnya rahmat,pertengahan keampunan dan pengakhirannya terpelihara daripada api neraka..

Puasa kali juz macam puasa2 sblum ni cuma kali ni berpuasa kat kampung.x macam sblum ni.dah berapa tahun dah x merasa berbuka bersama keluarga ni.Dari zaman sekolah lagi la.Maklum la kena duk kat asrama.Sambung dgn zaman duk kat matrik melaka dan sampai la kat unimap.Yang bagusnya jimat la sikit perbelanjaan tu.Masakan pun sedap2.Biasalah kalu dah makan kat rumah sendiri kan.
Terawikh tahun ni pun seronok.Yang jadik imam nye budak pondok.dia punya bacaan mmg menyentuh jiwa la.syahdu dan penuh lagu la..hehe
Jemputan berbuka pun banyak jgk..biasanya orang datang jemput ayah tapi alang ajak aku join sekali..ni la orang cakap rezeki..
Okey la..banyak benda lagi nak dibuat smoga kita jumpa di laen waktu..salam~

Wednesday, July 20, 2011

Ayah Jual Lembu


Hari ni bangun dari tidur ayah bagi duit.Hairan jugak la aku kenapa tiba-tiba je ayah bagi duit ni.Bukan aku sorang je tapi abang,adik n emak pun dapat sekali.Pendek kata semua yang ade kat rumah la ayah bagi duit.
Rupa-rupanya ayah baru  je jual lembu dia.Dua ekor sekali jual yang ibu dan anak.Agak menhairankan jgk la bagi aku.

Sebelum  ni dah beberapa kali disuruh jual tapi ayah x mahu.Katanya sayang.Lembu  tu dah berapa generasi dah kata ayah.Betul jugak la.Dah bertahun-tahun ayah  pelihara lembu.Lembu-lembu ayah penah dijual untuk orang kenduri kahwin.Pernah dibuat korban masa Hari Raya Korban.Duit-duit tu jugak la yang ayah bagi kat kami mase di universiti bila mana kami telefon mintak duit.

Kata ayah sayangnya pada keluarga melebihi  sayangnya pada lembu-lembu dia.Kata ayah lagi dia sekarang sudah  tua.Sudah x berapa berupaya nak ke padang pagi dan petang nak tengok lembu-lembu dia tu.Tambahan pulak akhir2 ni banyak pulak penyakit yang menyerang ayah.


Tiba-tiba terasa sedih teringatkan ayah.Dari muda hingga tua asyik membanting tulang  nak bagi duit kat kami adik beradik.Aku sendiri ntah berapa kali je pegang tali lembu.Nak tolong gi carikan rumput-rumput kat lembu lagi la.Dah lama benar x ambik kisah lembu-lembu ayah.Sedih dan terharu mengenang jasa-jasa ayah.InsyaAllah ayah akan kubalas jasa-jasamu kepadaku.Telah menyekolahkan aku semenjak dari tadika hingga ke universiti sekarang ini.
Saya sayang AYAH. <3

Sunday, June 12, 2011

Cuti ini...

Salam...lama sudah x mencoret sesuatu..petang ni boring2 update blog la skali..Cuti sem ni aku rase paling bowring..rmai member2 kerja n x de aktiviti sgt la..Aku pn sekarang dah x bergelar peganggur terhormat lagi..skunk kerja kat kopitiam kat kubang kerian..boleh la jgk hilangkan boring n cari duit yg kekeringan ni..
Kat Bachok sekarang ngah wat pesta pantai...sekali pn aku x gi lagi..Dengar2 mcm aktiviti ade..tp skali pn aku x gi coz x de mase n x de geng nak gi..
Malam td tgok bola Final piala FA antra Klate ngan Ganu..Nampaknya penantian 21 tahun klate tuk menjulang piala Fa akan bertambah lagi..x de luck  jgk la mlm td...
Okey la tu je kot..Nak rehat2 la pulak mlm nnt nk kerja..sampai pagi tu..kena la rehat cukup2..hehehe..Ok sehingga jumpa lagi..Wassalam.....

Sunday, February 27, 2011

Susahnya Nak Jadi Seorang Pemimpin


Pada suatu masa dahulu terdapat seorang guru yang amat masyur di Tanah Arab. Namanya Abdul Rahman beliau disegani kerana ilmu dan sikap terpujinya.Ramai yang datang berguru denganya dari seluruh pelusuk negeri.

Suatu hari,datanglah seorang pemuda yang teringin sangat menimba ilmu dengan Abdul Rahman setelah mendengar pelbagai cerita tentang kehebatan beliau.Pemuda itu adalah Abdul Attar.Dia bercita-cita hendak menjadi alim dan berilmu supaya setelah kembali  ke kampungnya kelak dia boleh menjadi seorang pemimpin yang disegani.

“Saya ingin berguru dengan Tuan.Saya nak menuntut ilmu MEMIMPIN,”kata Abdul Attar.
 “Baiklah jika begitu niatmu wahai orang muda.Esok kita akan mengembara. Sudikah tuan mengikutku?

Abdul Attar menjawab “Sudi,Tuan guru,”.

Keesokan harinya,sebelum memulakan perjalanan Abdul Rahman berkata “Nabi berpesan,kalau dalam perjalanan atau musafir, mesti ada seorang ketua.Siapa yang engkau pilih sebagai ketua wahai Abdul Attar?

Abdul Attar menjawab  “Tiada orang lain lagi antara kita.Saya pilih Tuan guru sajalah”.
“Baiklah,”kata Abdul Rahman.

Dalam perjalanan mereka itu,tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Tuan guru segera mengembangkan payung dan memayungkan Abdul Attar.Dirinya sendiri basah kuyup dan mengigil kesejukan.Selepas hujan sudah berhenti,Abdul Attar bertanya kepada gurunya “Sepatutnya saya yang memayungkan Tuan guru,mengapa tuan yang melakukannya? Kata  Abdul Rahman “Bukankah tuan telah melantik saya sebagai ketua.Ketua wajib melindungi orang dibawahnya.

Abdul Attar rasa bersalah dan terkilan.Dia selamat sedang gurunya mengigil kesejukan.Katanya “Kali ini,biar saya pula yang jadi ketua wahai Tuan guru”.
“Baiklah,jika itu kemahuanmu,”kata Abdul Rahman.

Mereka meneruskan perjalanan.Menjelang malam mereka berhenti rehat.Kerana terlalu letih dan lapar Abdul Attar akhirnya tertidur.Apabila terjaga dia terlihat Tuan guru sedang memikul kayu api.Dia terkejut dan merasa kasihan.

“Tuan  guru cari kayu api untuk apa?
“Memasak”.
“Tapi mengapa tuan guru tidak suruh saya saja”.
“Takkan orang bawahan menyuruh ketuanya  membuat  kerja-kerja sebegini  “.

Sekali lagi Abdul Attar  rasa bersalah dan terkilan.Dia sebenarnya ingin jadi ketua supaya dapat berkhidmat kepada tuan gurunya itu.

Tidak lama kemudian,mereka meneruskan perjalanan.Akhirnya mereka sampai di satu perkampungan.Mereka dihidang dengan  makanan yang enak-enak dan lazat belaka.
Tuan guru dahulu yang menjamah dan merasa tiap jenis makanan yang dihidangkan. Abdul Attar merasa tidak puas hati dengan kelakuan tuan gurunya itu. “Patutnya akulah yang makan dahulu kerana aku ketua.”katanya dalam hati.

Tapi Tuan guru yang memahami riak muka Abdul Attar berkata “Saya menjamah dan merasa dahulu kerana saya menjaga keselamatan ketua.Kalau makanan ini beracun, biarlah saya yang mati dan tuan selamat”,kata Abdul Rahman sambil tersenyum..

Begitulah kita semua.Jika kita diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin,jadilah pemimpin yang menjaga kebajikan orang di bawah kita. Jangan hanya tahu mengarah tapi jadilah yang turut sama mengenal erti lelah.Andai kata pula kita menjadi orang bawahan, taati dan patuhilah pemimpin kita.Tiada pemimpin yang inginkan kehancuran kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya.
Rasullullah s.a.w. bersabda, “ Ketahuilah bahawa setiap orang di antara kamu adalah pemimpin dan setiap orang diantara kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinya.Maka pepimpin terbesar yang memelihara manusia bertanggungjawab terhadap manusia.Orang lelaki menjadi pemimpin kepada anggota keluarganya  dan bertanggungjawab terhadap mereka.Wanita pula bertanggungjawab menjaga nama baik suami dan keluarganya serta bertanggungjawab terhadap orang yang dijaganya.Hamba sahaya memelihara harta kekayaan tuannya dan bertanggungjawab terhadap tuannya. Ketahuilah bahawa setiap antara kamu adalah pemelihara dan setiap  antara kamu akan dipertanggungjawabkan di atas sesuatu yang dipeliharanya.” (Sahih Bukhari)

Monday, February 21, 2011

Siapa yg Hebat??

Pada masa dahulu ada lelaki yang bekerja sebagai pemecah batu di sebuah bukit. Pada suatu hari, lelaki ini termenung mengenangkan nasib diri yang dirasakan malang. Dia terpandang matahari, lalu dia berkata;

” Kalau jadi matahari kan best, besar, kuat dan boleh bakar siapa yang dia nak bakar.”

Tiba-tiba datanglah awan menutup sebahagian matahari itu. Lalu lelaki itu berkata;

” Bestnya jgk kalau boleh jadi awan, awan mampu tutup matahari yang aku kata kuat tadi.”

Lelaki tadi terus memerhati si awan tadi. Apabila melalui kawasan berbukit, awan tersebut melanggar bukit lalu bentuknya berubah menjadi kecil-kecil. Lalu lelaki itu berkata:

” Hebatnya bukit. Mampu memecahkan bentuk awan menjadi kecil sedangkan sebentar tadi awan ini mampu menutup matahari.”

Selang beberapa minit, lelaki tadi tersedar;

” Eh, aku lagi la hebat sebab aku mampu memecahkan batu di bukit yang aku kata hebat tadi.”

Pengajarannya  : ” Nak Jadi Hebat Tak Perlu Jadi Orang Lain! Jadilah Diri Sendiri.”

Ya, kalau kita nak jadi hebat tak perlu jadi orang lain. Kita sendiri punya potensi diri yang berbeza-beza.Setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Islam memerlukan manusia yang potensinya berbeza-beza dalam membantu menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini, asalkan potensi diri itu adalah sesuatu yang positif.
Mungkin kerana terlalu banyak memikirkan tentang kelemahan diri membuatkan ramai orang yang tersungkur dalam usaha menjadi seorang yang hebat.Sedarlah kita semua,Anda Semua HEBAT!!!  (~_^)

Tuesday, January 25, 2011

Lama meninggalkan dia

Hai....lame rsenya x update blog..nk kate buzy tu ade la jgk..tp tu bkn sebab utama. Masalah utama skunk line tenet.nk update blog kat wang ulu x dpt.ni pun update mse kat kg wai.huhu..wallaweh...rindu siot nk jd blogger...hahaha

Diam x diam dah masuk 2011.ni post pertama tuk tahun baru ni.dah nak habis kot januari ni.So far perjalanan sem ni bleh la wlpn mcm kelam kabut ckit...ye la subjek2 mencabar minda dan raga smua..tp bkn ak sorang..smua dak klas terpaksa la melalui nye..huhu..ni la cabaran bergelar pelajar u kan..


Erm..tu je la update tuk kli ni...ni nak pegi klas blog..k salam tuk smua...