Sunday, February 27, 2011

Susahnya Nak Jadi Seorang Pemimpin


Pada suatu masa dahulu terdapat seorang guru yang amat masyur di Tanah Arab. Namanya Abdul Rahman beliau disegani kerana ilmu dan sikap terpujinya.Ramai yang datang berguru denganya dari seluruh pelusuk negeri.

Suatu hari,datanglah seorang pemuda yang teringin sangat menimba ilmu dengan Abdul Rahman setelah mendengar pelbagai cerita tentang kehebatan beliau.Pemuda itu adalah Abdul Attar.Dia bercita-cita hendak menjadi alim dan berilmu supaya setelah kembali  ke kampungnya kelak dia boleh menjadi seorang pemimpin yang disegani.

“Saya ingin berguru dengan Tuan.Saya nak menuntut ilmu MEMIMPIN,”kata Abdul Attar.
 “Baiklah jika begitu niatmu wahai orang muda.Esok kita akan mengembara. Sudikah tuan mengikutku?

Abdul Attar menjawab “Sudi,Tuan guru,”.

Keesokan harinya,sebelum memulakan perjalanan Abdul Rahman berkata “Nabi berpesan,kalau dalam perjalanan atau musafir, mesti ada seorang ketua.Siapa yang engkau pilih sebagai ketua wahai Abdul Attar?

Abdul Attar menjawab  “Tiada orang lain lagi antara kita.Saya pilih Tuan guru sajalah”.
“Baiklah,”kata Abdul Rahman.

Dalam perjalanan mereka itu,tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Tuan guru segera mengembangkan payung dan memayungkan Abdul Attar.Dirinya sendiri basah kuyup dan mengigil kesejukan.Selepas hujan sudah berhenti,Abdul Attar bertanya kepada gurunya “Sepatutnya saya yang memayungkan Tuan guru,mengapa tuan yang melakukannya? Kata  Abdul Rahman “Bukankah tuan telah melantik saya sebagai ketua.Ketua wajib melindungi orang dibawahnya.

Abdul Attar rasa bersalah dan terkilan.Dia selamat sedang gurunya mengigil kesejukan.Katanya “Kali ini,biar saya pula yang jadi ketua wahai Tuan guru”.
“Baiklah,jika itu kemahuanmu,”kata Abdul Rahman.

Mereka meneruskan perjalanan.Menjelang malam mereka berhenti rehat.Kerana terlalu letih dan lapar Abdul Attar akhirnya tertidur.Apabila terjaga dia terlihat Tuan guru sedang memikul kayu api.Dia terkejut dan merasa kasihan.

“Tuan  guru cari kayu api untuk apa?
“Memasak”.
“Tapi mengapa tuan guru tidak suruh saya saja”.
“Takkan orang bawahan menyuruh ketuanya  membuat  kerja-kerja sebegini  “.

Sekali lagi Abdul Attar  rasa bersalah dan terkilan.Dia sebenarnya ingin jadi ketua supaya dapat berkhidmat kepada tuan gurunya itu.

Tidak lama kemudian,mereka meneruskan perjalanan.Akhirnya mereka sampai di satu perkampungan.Mereka dihidang dengan  makanan yang enak-enak dan lazat belaka.
Tuan guru dahulu yang menjamah dan merasa tiap jenis makanan yang dihidangkan. Abdul Attar merasa tidak puas hati dengan kelakuan tuan gurunya itu. “Patutnya akulah yang makan dahulu kerana aku ketua.”katanya dalam hati.

Tapi Tuan guru yang memahami riak muka Abdul Attar berkata “Saya menjamah dan merasa dahulu kerana saya menjaga keselamatan ketua.Kalau makanan ini beracun, biarlah saya yang mati dan tuan selamat”,kata Abdul Rahman sambil tersenyum..

Begitulah kita semua.Jika kita diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin,jadilah pemimpin yang menjaga kebajikan orang di bawah kita. Jangan hanya tahu mengarah tapi jadilah yang turut sama mengenal erti lelah.Andai kata pula kita menjadi orang bawahan, taati dan patuhilah pemimpin kita.Tiada pemimpin yang inginkan kehancuran kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya.
Rasullullah s.a.w. bersabda, “ Ketahuilah bahawa setiap orang di antara kamu adalah pemimpin dan setiap orang diantara kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinya.Maka pepimpin terbesar yang memelihara manusia bertanggungjawab terhadap manusia.Orang lelaki menjadi pemimpin kepada anggota keluarganya  dan bertanggungjawab terhadap mereka.Wanita pula bertanggungjawab menjaga nama baik suami dan keluarganya serta bertanggungjawab terhadap orang yang dijaganya.Hamba sahaya memelihara harta kekayaan tuannya dan bertanggungjawab terhadap tuannya. Ketahuilah bahawa setiap antara kamu adalah pemelihara dan setiap  antara kamu akan dipertanggungjawabkan di atas sesuatu yang dipeliharanya.” (Sahih Bukhari)

No comments:

Post a Comment