Friday, August 26, 2011

Pantun Raya


Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari
Tak lama lagi Syawal menjelang.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti
Zakat fitrah jangan lupa dibayar
Agar rezeki kita diberkati.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan dibuang ke dalam perigi
Mohon maaf segala silap dan salah
Saya janji tak buat lagi.

Kalau ada padi di bendang
Bolehlah kita menuai nanti
Takbir  raya sudah berkumandang
Menambah syahdu di dalam hati.

Pergi ke bazar membeli juadah,
Juadah dijual beraneka warna,
Manfaatkan raya dengan aktiviti berfaedah
Supaya raya kita lebih bermakna

Pasang pelita di atas  pagar
Ambil lighter kita nyalakan
Saya budak masih bergelar pelajar
Nak bagi duit raya saya relakan.

Para tetamu asyik bertandang
Dari kampung dan juga kota
Ketupat rendang sudah terhidang,
Makanan tradisi nenek moyang kita

Gulai lemak buah bidara
Sedapnya mengalahkan kari ikan
Kunjung mengunjung sanak saudara
Agar ikatan dapat dieratkan.

P/s: Just suka2 n x de kaitan ngan sesape..hehehe

No comments:

Post a Comment