Sunday, September 19, 2010

Cracked Pot

Seorang petani wanita yg sudah tua mempunyai dua bekas pasu air. Ia digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sediit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan ia merasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air sahaja dari yang sepatutnya.Dia merasa dia tidak mampu berbakti kpd wanita itu.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan. Pasu retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
"Aku rasa sangat malu dengan diriku kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu.Aku tdk dapat membawa air dgn banyak"

Wanita itu tersenyum.

"Sedarkah kamu akan bunga-bunga dan sayur-sayuran di bahagian laluan kamu tetapi tidak di pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari akan kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga dan sayur di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih itu. Selama 2 tahun aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja dan dapat memetik sayur utk menjadi makananku. Sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada bunga ya indahdan sayur yg menhijau ini."

Begitulah perumpamaan diri kita.Setiap dari kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi kelemahan dan kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat! Setiap org ade kelebihan dan kekurangannya.Kita harus menerima setiap manusia seadanya dan melihat KEBAIKAN di dalam diri mereka. Moga segala kekurangan akan membuatkan kita berbakti lebih kpd orang lain...





No comments:

Post a Comment