Monday, November 29, 2010

Surat I : Surat Utk Wanita..

Masa tgh jalan-jalan ambik angin ptg td saya nampak rama-rama.Cantik rama-rama tu.Teringat kat kisah wanita dan rama-rama yg pernah dibaca dulu.Rama-rama itu cantik.Apabila pandangan kita rama-rama kita akan rasa suka dan ceria.Rama-rama menindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.Ok sekarang cuba bayangkan anda tangkap dan pegang rama-rama tu.Lihat apa yg melekat di jari anda.Warna dan corak yg cantik td telah berpindah ke jari anda.

Begitulah jua wanita dan gadis.Cantik,cun,comel,cute dan mcm2 pandangan lagi.Seronok kalau dapat pegang,peluk heret ke hulu ke hilir.Tapi nilainya cepat turun jika ada tangan menjamah tubuhnya.Memang fizikal tiada apa2 perubahan tp maruah dan harga diri telah tercemar.
Nilai rama-rama terletak pada corak dan warnanya yg cantik.Nilai wanita terletak pada maruah dan harga dirinya yg perlu dijaga.

Rama-rama terpaksa berjuang utk memulakan hidupnya.Dia terpaksa membebaskan diri drpd kepompong.Bukan mudah utk keluar dari kepompong yg mengikat itu. Semasa berada dlm kepompong itu tiada siapa yg pedulikannya.Malah dibenci semasa bergelar ulat.Betapa susahnya sebelum akhirnya dpt bergelar rama-rama. Daripada sesuatu yg tidak diendahkan menjadi suatu yg sgt berharga.

Rama-rama adalah contoh terbaik utk wanita sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.Usah terlalu leka sebaliknya kenanglah kehidupan sebelum ini.Anda tidak muncul sendiri tapi anda lambang pengorbanan ibu bapa anda.Betapa susahnya ibu bapa membesarkan anda dgn penuh kasih sayang.Tugas anda menjaga nama baik keluarga dan diri.


Selama mana anda dpt menjaga maruah diri,selama itu anda menjadi seorang yg dihormati.Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak setia apalagi melindungi.Usah terperangkap ke dalam tangan yg hanya akn meleraikan warna-warna anda tp setelah warna itu pudar anda ditinggalkan.

Memang lumrah manusia ingin berteman tp carilah yg benar2 beriman.jadilah wanita sejati yg punyai nilai dan harga diri.InsyaAllah anda akn sntia dihormati. Jadilah rama-rama yang menindahkan alam,jadilah wanita yg membahagiakan semua orang.

P/s: sy menulis bukan nak ckp sy baik ke ape..sy sedih dgn anak bangsa sendiri..banyak yg dah tiada harga diri..berpeluk n bercium di khalayak ramai..Belakang org tu x taw la..Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment