Monday, November 29, 2010

Surat II : Surat Utk Lelaki..

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita lelaki bermalam dalam kegelapan.Wanita itu bintang.Ia indah dipersada langit.Tanpa wanita hati dan fikiran lelaki akan menjadi resah.Terasa ada kekosongan.Tidak ada anehnya sebab di situ letaknya normal seorang lelaki.

Apalagi yang tidak ada di syurga.Semuanya serba lengkap.Namun Nabi Adam a.s. tetap rindukan seorang teman.Itu alangkan nabi jika hendak dibandingkan dengan kita insan biasa.Jadi ALLAH SWT telah memberikan Nabi Adam a.s. sebaik-baik teman,Siti Hawa.

Kerana adanya wanita,kita ada seseorang untuk dipangil ibu,isteri (InsyaAllah la kalu ada jodoh),dan mungkin juga seorang anak yang boleh dipanggil sebagai puteri. Mereka semua wanita dan mereka semua penting bagi kita.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki.Tapi kalau lelaki sndri x lurus x mungkin mampu utk meluruskan mereka.Tidak logik kayu yg bengkok menhasilkanbayang2 yg lurus.Menjadi tanggunjawab lelaki utk meluruskan wanita.Tapi dgn ape yea??Harta?Kedudukan?Pangkat?Nama?

Didiklah wanita dgn panduan dariNya.Kenalkan mereka kpd ALLAH swt.Di situ kunci dan cara utk mendidik wanita yg sebenar.Jika akalnya setipis rambut tebalkan ia dgn ilmu,Jika hatinya serapuh kaca kuatkan dgn iman.Jika perasaannya selembut sutera,hiasilah dengan akhlak dan kasih sayang.

Tanpa ilmu,iman,akhlak dan kasih sayang,mereka bukan sahaja tdk boleh diluruskan, bahkan mereka pula yg menbengkokan.Lebih ramai lelaki yg dirosakkan perempuan drpd perempuan yg dirosakkan lelaki.Anda perlu ingat sebodoh-bodoh perempuan pn boleh menundukkan sepandai-pandai  lelaki..Itulah akibatnya apabila wanita tdk kenal Tuhan.Bayangkan apabila tulang rusuk patah,habis rosaklah jantung,hati,limpa dan sebagainya.

Wahai lelaki,anda semua pemimpin.Anda semua ketua.Anda ada emak,adik dan saudara mara.Anda juga mungkin bakal bergelar suami dan bapa kelak.Pastikan sebelum memimpin wanita pimpinlah diri sendiri.Jangan mendambakan wanita mampu menjadi semulia Siti Fatiamah,jika anda belum mampu menjadi seperti Saidina Ali...

P/s:apa yg ditulis ditujukan utk diri sendiri jgk..kalu ada yg x bersetuju anggap x bace ape2 la yea..hehe

No comments:

Post a Comment